Monday, February 7, 2011

gong xi fa cai


helooo semua-semua.
amacam cuti?
best tak?
ini hari aku sangat semangat mahu berkerja.
setelah lama cuti.
bangun pun sgt awal.
5.30 beb!!
tp tido balik..hihi

tp tengah semangat-semangat ni, keja tak bape nak byk plk.
nak ckp tak bape nak ada pun boleh gak.
mana pegi suma keja-keja ni??
ada tak sapa-sapa tengah pura-pura sibuk?
nak aku tolong tak?

Sunday, January 9, 2011

Cerita Semalam

hari ini, semua orang nak bercerita pasal AJL25 malam tadi.
semua orang melahirkan rasa tidak puas hati lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Rafali dinobatkan juara.
mungkin sebab lagu tu tidak mesra dengan telinga yang mendengar.
bagi aku lagu Tolong Ingatakan Aku ni tak la buruk sangat.
sebab lirik bagus dan lagu pun bagus.
so ok la kalau menang pun.
cuma cara nyanyian Ana Rafali agak buruk.
pelat, suara gedik, baju tak cantik memang spoil sgt.

dan walaupun yuna tak menang apa-apa malam tadi, lagu cinta sempurna tetap menang dalam hati aku.=)



Yuna - Cinta Sempurna

Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
Ku sanjung setiap
Kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhh

Thursday, December 23, 2010

Tahi Kena Curi???
Aku blogger sembelit.
Sudah lama tidak berak di dalam ini jamban.
Bukan tak nak update enty, tp nak buat macam mana,
selain dari  cik enah sebelah rumah,
masa juga sibuk je nak jeles-jeles kat aku..hehe

Hmm.. mesti korang pelik kan.
Mana pergi entry aku yang lepas-lepas?
'Entry Pertama Aku' pun telah direpost.
Sudah hilang ka?
Kena curi ka?
Kena gam kot?

Ok, semua pun bukan.
Semasa aku belek-belek ini jamban, ntah macam mana,
terhapus sudah entry-entry yang lepas. :'(
Dah la aku blogger sembelit.
Tahi yang ada 2,3 ketul tu pun terbuang pulak.
Sangat malang.
Siapa-siapa yang minat kat tahi aku, sila sabar yaa.
Entry Pertama Aku..

Huh~ baca tajuk jer sudah agak skema.
Dengan ejaan entry yg dieja begitu sopan.(klu otai dorang eja n3 jer..ye ker?)
Ditambah pula words pertama & aku..
Macam tajuk lagu..hihi

Waktu dan ketika ini aku ada agak byk masa yg tidak berfaedah berisi..sebab??

Pertama: exam sudah abis. (kitab2 suma, sila duduk sopan2 ditempat kamu.)

Kedua: tengah cuti sem (hohoho..masa utk bersenang-lenang)

Ketiga: kat ofis tak bape nak byk keja.

Keempat: dah bosan nak layan fb. tiap kali on9 terpaksa membaca status org yg ntah apa-apa. meroyan tak tentu pasal. mengakibatkan aku mengalami simptom2 loya tekak, tekak berdarah, anak tekak pitam..

Kesan dari itu, aku dgn tanpa paksaan dari mana-mana pihak telah mencreate ini blog.

First entry aku nak cerita sikit pasal blog. benda ni aku penah baca dari sebuah buku yg dipinjamkan oleh fatin, seorang editor buku yg sampai skrg aku masih tak pulangkan lagi itu buku..hehe

Menurut penulis tersebut, blog adalah seperti jamban. (penulis yg cakap bukan aku.)
org yang menulis blog merupakan org yg sakit perut dah sedang berak di dalam jamban (ini pun penulis yg cakap bukan aku).
dan entry adalah TAHI..(yerk..penulis juga cakap bukan aku)
betul ker??

Berdasarkan jamban, berak dan tahi, blogger boleh diketogerikan kepada 3 jenis:

Pertama: org yg kena SEMBELIT. merujuk kepada mereka yg sangat jarang update entry beliau.

Kedua: org yg kena CIRIT-BIRIT. merujuk kepada mereka yg sangat selalu update entry beliau.
Ketiga: org yg NORMAL. tidak sembelit dan tidak pula cirit- birit. merujuk kepada mereka yg tidak sgt jarang dan tidak sgt selalu update entry beliau.

So secara rasminya ini merupakan tahi pertama aku yg aku berak di dalam ini jamban..hehe