Tahi Kena Curi???
Aku blogger sembelit.
Sudah lama tidak berak di dalam ini jamban.
Bukan tak nak update enty, tp nak buat macam mana,
selain dari cik enah sebelah rumah,
masa juga sibuk je nak jeles-jeles kat aku..hehe
Hmm.. mesti korang pelik kan.
Mana pergi entry aku yang lepas-lepas?
'Entry Pertama Aku' pun telah direpost.
Sudah hilang ka?
Kena curi ka?
Kena gam kot?
Ok, semua pun bukan.
Semasa aku belek-belek ini jamban, ntah macam mana,
terhapus sudah entry-entry yang lepas. :'(
Dah la aku blogger sembelit.
Tahi yang ada 2,3 ketul tu pun terbuang pulak.
Sangat malang.
Siapa-siapa yang minat kat tahi aku, sila sabar yaa.
Thursday, December 23, 2010
Entry Pertama Aku..
Huh~ baca tajuk jer sudah agak skema.
Dengan ejaan entry yg dieja begitu sopan.(klu otai dorang eja n3 jer..ye ker?)
Ditambah pula words pertama & aku..
Macam tajuk lagu..hihi
Waktu dan ketika ini aku ada agak byk masa yg tidak berfaedah berisi..sebab??
Pertama: exam sudah abis. (kitab2 suma, sila duduk sopan2 ditempat kamu.)
Kedua: tengah cuti sem (hohoho..masa utk bersenang-lenang)
Ketiga: kat ofis tak bape nak byk keja.
Keempat: dah bosan nak layan fb. tiap kali on9 terpaksa membaca status org yg ntah apa-apa. meroyan tak tentu pasal. mengakibatkan aku mengalami simptom2 loya tekak, tekak berdarah, anak tekak pitam..
Kesan dari itu, aku dgn tanpa paksaan dari mana-mana pihak telah mencreate ini blog.
First entry aku nak cerita sikit pasal blog. benda ni aku penah baca dari sebuah buku yg dipinjamkan oleh fatin, seorang editor buku yg sampai skrg aku masih tak pulangkan lagi itu buku..hehe
Menurut penulis tersebut, blog adalah seperti jamban. (penulis yg cakap bukan aku.)
org yang menulis blog merupakan org yg sakit perut dah sedang berak di dalam jamban (ini pun penulis yg cakap bukan aku).
dan entry adalah TAHI..(yerk..penulis juga cakap bukan aku)
betul ker??
Berdasarkan jamban, berak dan tahi, blogger boleh diketogerikan kepada 3 jenis:
Pertama: org yg kena SEMBELIT. merujuk kepada mereka yg sangat jarang update entry beliau.
Kedua: org yg kena CIRIT-BIRIT. merujuk kepada mereka yg sangat selalu update entry beliau.
Ketiga: org yg NORMAL . tidak sembelit dan tidak pula cirit- birit. merujuk kepada mereka yg tidak sgt jarang dan tidak sgt selalu update entry beliau.
So secara rasminya ini merupakan tahi pertama aku yg aku berak di dalam ini jamban..hehe
Subscribe to:
Posts (Atom)